Quantcast
Channel: Portal Rasmi Fatwa Malaysia blogs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 67

Status Bapa Susuan

$
0
0
 
ISU:

Bapa saudara saya berkahwin dan mengambil anak angkat perempuan dan isterinya menyusukan anak itu secukupnya. Tetapi kemudian, mereka bercerai. Jadi, bagaimana aurat antara bapa saudara saya dengan anak angkatnya itu?

PENJELASAN:

Abdullah bin 'Abbas melaporkan, Rasulullah saw bersabda, "Sesuatu yang diharamkan dengan sebab penyusuan sebagaimana apa-apa yang diharamkan oleh sebab nasab." Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari.

Jika seseorang wanita telah menyusukan bayi perempuan yang bukan anaknya dengan memenuhi syarat iaitu: (a) bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan; (b) susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan (c) umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah, maka wanita itu menjadi ibu susu kepada bayi perempuan tersebut.

Berdasarkan hadis yang telah dinyatakan, hukum mahram adalah sama antara sebab nasab dan susuan. Oleh itu hubungan antara suami wanita itu dengan anak susuan tersebut adalah mahram sebagaimana status anak kandungan wanita tersebut, dengan syarat semasa kanak-kanak itu menyusu, lelaki tersebut adalah masih suami yang sah kepada ibu susu.

Oleh itu, apabila wanita itu telah bercerai dengan suaminya, lelaki tersebut masih kekal sebagai mahram kepada anak susuan itu. Maka batasan aurat antara lelaki itu dengan anak susuan tersebut adalah sama seperti batasan aurat anak kandung iaitu jika anak itu sudah baligh, seluruh anggota badannya adalah aurat kecuali bahagian kepala (termasuk muka dan rambut), dua tapak tangan dan pergelangan kaki.

Wallahua'lam


Viewing all articles
Browse latest Browse all 67