Quantcast
Channel: Portal Rasmi Fatwa Malaysia blogs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 67

Bersuci Daripada Najis Mughallazah

$
0
0
ISU:
 
Saya nak tanya tentang bersuci. Satu hari saya nampak anjing lalu di kawasan lantai garaj kereta rumah (lantai simen) saya dan meninggalkan kesan tapak kakinya yg basah (kesan air), saya tidak mencucinya sebaliknya membiarkan kesan tersebut hilang sendiri (sehingga hilang kesan tapak kaki), kemudian hujan turun dan tempias dari hujan tersebut telah membasahkan keseluruhan lantai garaj tersebut. Soalan saya adakah keseluruhan lantai tersebut terjatuh dalam hukum najis berat dan adakah saya perlu mensucikan tapak kaki saya yang memijak lantai tersebut dalam keadaan basah seminggu selepas kejadian tersebut. Saya berasa was-was terutama apabila ingin ke kereta. Diharap pihak felo fatwa dapat membantu saya menjawab persoalan ini.
 
PENJELASAN:

Saudara perlu menyertu iaitu membasuh lantai garaj kereta dan kaki saudara dengan air bercampur tanah. Kemudian bersihkan lagi dengan air biasa sebanyak enam (6) kali. Manakala kawasan lain yang saudara ragui telah terpijak dalam tempoh seminggu itu tidak perlu disertu.

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, “Bersihkanlah bekas air kamu sekiranya anjing menjilatnya dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, pada kali pertama basuh dengan air bercampur tanah.” Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim.

Wallahua'lam
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 67