Quantcast
Channel: Portal Rasmi Fatwa Malaysia blogs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 67

Cerai Taklik Lafaz Tidak Jelas

$
0
0
ISU:
 
Salam."saya dan isteri bergaduh kemudian dalam pergaduhan itu saya ada menyatakan"okey kita duduk berjauhan dulu atau tidak serumah dan kalau masih sama jugak kita bergaduh saya lepaskan la awak asalkan awak bahagia". Soalan saya adakah talak jatuh pada isteri saya...pasal saya baru menyedari bahawa perkataan 'melepaskan sama makna istilahnya dengan cerai atau talak'..dan isteri saya juga keliru kerana dia tanya saya adakah jatuh talak padanya.

PENEJLASAN:

Talak merupakan perbuatan yang dibenci oleh Allah SWT. Sabda Nabi Muhammad SAW, "Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah talak." Talak tidak mendatangkan dosa jika ia dilakukan mengikut garis panduan yang dinyatakan dalam Islam. Isu yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan talak taklik, iaitu talak yang dihubungkan dengan sesuatu syarat. Jika berlaku syarat yang dinyatakan dalam lafaz talak, maka talak itu sah dan berkuatkuasa. Secara umumnya, lafaz taklik yang telah dilafazkan tidak boleh ditarik balik.

Suami telah melafazkan lafaz taklik iaitu " okey kita duduk berjauhan dulu atau tidak serumah dan kalau masih sama jugak kita bergaduh saya lepaskan la awak asalkan awak bahagia". Sekiranya ketika melafazkan itu suami berniat maksud ‘lepaskan’ itu adalah cerai, maka jika suami isteri itu bergaduh selepas lafaz tersebut diucapkan, maka telah berkuatkuasa syarat yang dinyatakan dalam lafaz taklik tersebut. Maka jatuh talak raj'i (talak satu) berkuatkuasa pada masa mereka bergaduh. Namun, sekiranya, ketika melafazkan ‘lepaskan’ itu suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya, maka jika mereka bergaduh, tidak jatuh talak.

Namun isu ini perlu dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah terdekat untuk mendapatkan pengesahan daripada Mahkamah Syariah.

Wallahua'lam
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 67