Quantcast
Channel: Portal Rasmi Fatwa Malaysia blogs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 67

Hukum Wanita Memasuki Masjid Ketika Haid

$
0
0
ISU:

Saya ingin bertanya tentang hukum wanita memasuki masjid ketika datang haid

PENJELASAN:


Wanita yang sedang haid haram memasuki dan duduk di dalam masjid. Sabda Rasulullah saw, "Aku tidak benarkan wanita yang didatangi haid dan orang yang junub memasuki masjid ini". Hadis direkod oleh Imam al-Bukhari dan Abu Daud.

Fatwa yang berkaitan dengan isu ini:

1) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 September 2000 telah membincangkan Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata. Muzakarah telah memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid haram berada/duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan.

2) Fatwa Negeri Selangor yang diwartakan pada 30 Ogos 2001:


(i) Wanita yang sedang haid dan nifas adalah tidak dibenarkan duduk diam di dalam masjid walaupun dengan tujuan pembelajaran semata-mata.
(ii) Hukum wanita haid dan nifas yang masuk ke dalam masjid adalah dibenarkan untuk sekadar melintasi atau melalui sekali lalu tanpa berulang-alik untuk keluar melalui pintu yang dimasukinya.

Kawasan masjid yang dilarang wanita haid duduk padanya ialah kawasan yang dijadikan tempat sembahyang secara berjemaah. Namun jika pihak masjid ada menyediakan satu kawasan khas untuk majlis tertentu seperti upacara akad nikah, yang bukan tempat sembahyang berjemaah dilakukan, maka wanita haid boleh duduk di kawasan tersebut.


Wallahu a'lam

Viewing all articles
Browse latest Browse all 67