Quantcast
Channel: Portal Rasmi Fatwa Malaysia blogs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 67

Hukum Tugasan Memeriksa Alat Sukat Arak

$
0
0
ISU:

Saya ingin bertanya berkenaan apakah hukumnya kepada saya yang menerima arahan supaya memeriksa alat sukat arak di kelab-kelab malam dan bar yang menjual arak. Pemeriksaan ini adalah bertujuan untuk memastikan pengguna atau peminum arak mendapat kuantiti arak yang dibeli dengan sukatan yang betul. Saya mohon penjelasan ini supaya dapat mencerahkan apa yang terpendam di dalam hati ini.

PENJELASAN:


Sebagaimana dimaklumi dalam Islam bahawa arak adalah diharamkan oleh nas-nas al-Quran, Sunnah dan Ijmak. Begitu juga seorang Muslim tidak dibenarkan untuk bekerja dalam sektor yang melibatkan dirinya dalam hal-hal berkaitan dengan arak, seperti penjualan arak, pemprosesan arak, pengangkutan arak, penyimpanan arak dan seumpamanya.

Larangan ini dinyatakan oleh Nabi S.A.W. dalam sebuah hadis:

لَعَنَ اللَّهُ الْخَمْرَ، وَشَارِبَهَا، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَمُبْتَاعَهَا، وَعَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْه

Maksudnya: "Allah melaknat arak, peminumnya, pemberi minumnya, penjualnya, pembelinya, tukang perahnya, orang yang meminta diperahnya, pembawanya, dan orang yang meminta dibawakan kepadanya". (Abu Daud, 3/326, no: 3674).

Ini kerana semua kerja-kerja tersebut adalah dikira sebagai sumbangan dalam mengerjakan maksiat, sedangkan dalam Islam diharamkan memberi sumbangan dan bantuan dalam perkara-perkara maksiat. Ini sebagaimana dinaskan dalam Al-Quran:


وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”. (Surah al-Mā’idah: ayat 2).

Manakala tugasan memeriksa alat sukat arak supaya dipastikan kuantiti yang betul diberikan kepada peminum arak di bar-bar atau kelab malam, maka ia boleh termasuk dalam pekerjaan yang memberi sumbangan dalam maksiat minum arak. Ini kerana pemeriksaan alat sukatan arak adalah dikira sebagai suatu yang memberi kebaikan kepada peminum arak atau kepada penjual arak.

Maka dinasihatkan agar orang Islam tidak terlibat dalam tugasan-tugasan sedemikian kerana ia dikira membantu industri arak.

Wallahu A’lam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 67