Quantcast
Channel: Portal Rasmi Fatwa Malaysia blogs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 67

Hukum Terima Insurans Konvensional Percuma

$
0
0
ISU:

Sebagaimana dimaklumi insurans konvensional adalah haram.Tetapi saya ingin bertanya sekiranya ia diberi percuma adakah ia tetap haram atau harus?

PENJELASAN:


Sebagaimana sedia maklum bahawa insurans konvensional adalah haram dan hukum ini telah diputuskan oleh banyak badan-badan fatwa dan juga kesatuan-kesatuan fiqah di peringkat antarabangsa.

Elemen utama yang menjadikan insurans konvensional haram ialah kerana ia mengandungi:


i- unsur riba
ii- unsur gharar
iii- unsur perjudian.

 
Justeru adalah haram bagi orang Islam untuk mengambil insurans konvensional.

Manakala bagi orang yang mendapat insurans secara percuma, sebagai contoh pekerja di sebuah syarikat yang mana syarikat tersebut membayar insurans untuk staf-stafnya, maka dia boleh mendapat benefit sekadar jumlah yang telah dibayar oleh syarikatnya. Ini kerana jumlah yang sudah dibayar kepada syarikat insurans dianggap sebagai prinsipal yang sepatutnya boleh dimiliki oleh staf tersebut.

Wallahu A’lam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 67