Quantcast
Channel: Portal Rasmi Fatwa Malaysia blogs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 67

Bayaran Balik Pinjaman Dua Kali Ganda

$
0
0
ISU:
 
Seorang kawan telah memohon pinjaman daripada saya dan menawarkan akan membayar balik dua kali ganda jumlah itu dalam masa sebulan. Saya tidak menetapkan berapa banyak yang patut dia bayar balik tetapi beliau mahu memberi saya sedikit ‘hadiah’.

PENJELASAN:

Pinjaman yang membawa faedah kepada pemberi pinjam adalah riba yang diharamkan. Terdapat satu kaedah yang berbunyi:

كُلُّ قَرْضٍ جَرَّ مَنْفَعَةً فَهُوَ رِبًا
Maksud: “Setiap pinjaman yang memberi manfaat (kepada pemberi pinjam), maka ia adalah riba”.

Al-Shīrāzī mengatakan bahawa kaedah tersebut disepakati oleh seluruh orang Islam (Al-Muhadhdhab, 5/452).
Ini kerana di dalam Syariah, pinjaman (akad Qard) termasuk di dalam kategori ‘Akad-akad Ihsan’ iaitu kontrak berbentuk  kebajikan dan bantuan semata-mata, justeru tidak dibenarkan mengambil faedah daripada pemberian pinjaman.

Pengharaman mengenakan faedah ke atas pinjaman adalah merangkumi sama ada faedah tersebut disyaratkan ketika pinjaman dibuat ataupun dijanjikan ketika pinjaman dibuat. Bayaran lebih tersebut adalah riba yang diharamkan dalam Islam, sekalipun ia dinamakan sebagai ‘hadiah’.

Wallahu A’lam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 67