Quantcast
Channel: Portal Rasmi Fatwa Malaysia blogs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 67

Status Air Musoffa dan Seumpamanya

$
0
0
ISU:
 
Saya ada satu pertanyaan, adakah ‘Air Anugerah’ sama seperti Air Musoffa? Kerana kami difahamkan Air Musoffa tidak boleh diiklankan. Harap pihak tuan dapat memberi penjelasan.
Terima kasih.
 
PENJELASAN:

Penghasilan produk makanan atau minuman yang mempunyai elemen menggunakan ayat al-Quran atau hadis untuk melariskan produk adalah dilarang. Kerana ia boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, kepercayaan khurafat dan penipuan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan  Kedudukan Air Musoffa. Muzakarah telah memutuskan bahawa penjualan air musoffa secara komersial adalah dilarang kerana ia boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, kepercayaan khurafat dan penipuan.

Oleh itu, mana-mana produk yang mempunyai persamaan ciri dengan Air Musoffa juga adalah dilarang.

Wallahua'lam

 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 67