Quantcast
Channel: Portal Rasmi Fatwa Malaysia blogs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 67

Pakaian Peserta Gimnastik

$
0
0
ISU:
 
Apakah hukum mengenai pemakaian peserta gimnastik?
 
 
PENJELASAN:

Berpakaian untuk apa juga tujuan adalah tertakluk kepada hukum menutup aurat di dalam Islam. Termasuk wajib menutup aurat bagi peserta acara sukan. Aurat bagi lelaki iaitu hendaklah ditutup bahagian dari pusat hingga ke bawah paras lutut. Manakala bagi atlet wanita, jika acara tersebut ditonton oleh penonton lelaki, maka wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Serta pakaian itu tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh, juga tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit.
 
Wallahua'lam
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 67