ISU:
Saya ingin bertanyakan tentang hukum mengembirikan kucing betina dengan tujuan ia tidak membiak kerana tidak mampu menjaga anak anak kucing jika kucing itu melahirkan anak. Saya sudah cuba mencari jawapan nya di internet, tetapi kebanyakan jawapan tersebut berbeza beza dan saya agak keliru.
PENJELASAN:
Mengembiri binatang kesayangan yang tidak boleh dimakan seperti kucing atau anjing adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah. Maslahah ammah bermaksud jika binatang itu membawa penyakit atau menjaga keselamatan manusia serta kesejahteraan persekitaran dan sebagainya.
Ibnu Utsaimin; seorang Mufti di Arab Saudi mengatakan, "Jika populasi kucing terlalu banyak dan mengganggu, sementara tindakan mengembiri tidak sampai menyakitinya, tidak menjadi kesalahan untuk mengembiri kucing. Ini lebih baik daripada membunuh setelah kucing itu hidup. Namun, jika kucing itu tidak mengganggu, maka biarkanlah kucing itu hidup mengikut fitrahnya." (Fatawa Islamiyah, 4:448).
Wallahu a'lam