Gambar Hiasan
ISU:
Saya ingin bertanya tentang hukum pelaburan Mecca Fund. Adakah ia harus dan menepati syariah?
PENJELASAN:
Melalui maklumat-maklumat yang diperoleh daripada beberapa laman web berkaitan pelaburan Mecca Fund, didapati ia menawarkan pelaburan melalui konsep Mudārabah.
Mudārabah adalah satu bentuk pelaburan berdasarkan perkongsian keuntungan di mana modal disediakan oleh suatu pihak, manakala aktiviti perniagaan dijalankan oleh satu pihak lain, dan keuntungan dibahagikan antara pemodal dan pengusaha mengikut nisbah yang telah dipersetujui.
Secara prinsip asasnya, bentuk pelaburan berasaskan kepada Mudārabah adalah diharuskan dalam Islam dengan kesepakatan ulama. Walau bagaimanapun perincian struktur operasi pelaburan yang dijalankan oleh Mecca Fund perlu diketahui bagi menentukan adakah ia benar-benar menepati konsep Muārabah dalam Islam.
Wallahu A’lam.